Sudah tiba bantuan rahmah, Ringankan beban rakyat gembira, Gunakan rezeki dengan berhemah, Moga hidup aman dan sejahtera.
💸Bayaran Ke akaun dan Tunai di BSN 💸
Kerajaan MADANI akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai 12 Ogos 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah. Sebanyak 8.6 juta rakyat bakal menerima bayaran sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
📌 Fakta Penting STR Fasa 3
📅 Tarikh mula bayaran: Selasa, 12 Ogos 2025
💰 Jumlah bayaran: Sehingga RM650 (ikut kategori)
📈 Peningkatan penerima: 300,000 orang berbanding Fasa 1 Januari 2025
🏦 Kaedah bayaran: Kredit ke akaun bank atau tunai di BSN
📍 Jumlah peruntukan: RM2 bilion
🗣️ Kenyataan Rasmi
“Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan MADANI tidak mengambil enteng amanah meningkatkan maslahat rakyat. Tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
“Lebih daripada bantuan tunai semata-mata, STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan,” tambah beliau.
💳 Proses Pembayaran
Pembayaran STR Fasa 3 dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atau secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.
Sekiranya nama tiada dalam pangkalan data STR, pemohon perlu membuat permohonan baharu bagi membolehkan proses verifikasi.