Artikel ini telah dibaca 461Kali!



Maklumat Asas Kemalangan
Pada 15 Ogos 2025, jam lebih kurang 12:20 pagi, telah berlaku satu kemalangan jalan raya di KM 23.6 Lebuhraya KESAS dari arah Klang menghala Shah Alam. Kemalangan ini melibatkan 2 buah motokar dan 1 buah treler.
Motokar jenis Perodua Alza yang dipandu oleh seorang pemandu lelaki (20 tahun) bersama 2 orang penumpang di lorong kanan telah dirempuh secara tiba-tiba dari belakang oleh motokar jenis Kia Carnival yang dipandu oleh seorang lelaki (20 tahun) bersama 2 orang penumpang. Akibat rempuhan tersebut, Perodua Alza hilang kawalan, terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbakar sepenuhnya.
Treler yang dipandu oleh seorang lelaki (43 tahun) di lorong tengah tidak dapat mengelak dan melanggar serpihan kedua-dua kenderaan yang terlibat.
KIA Carnival Rempuh Alza di KESAS –
— Jazma Hamsi (@Jazma_Hamsi) August 16, 2025
Alza Terbakar & Meletup!
Sekitar jam 1.25 pagi di Highway KESAS, berhampiran susur ke Kg Jalan Kebun dari arah Port Klang, pic.twitter.com/oTRPQo5T7s
Akibat Kemalangan
Pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Alza telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut. Pemandu Kia Carnival menerima rawatan di Hospital Pantai Klang. Tiada kecederaan serius melibatkan mana-mana pihak dalam kemalangan ini.
Siasatan & Nasihat Polis
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Inspektor Mohd Khairul Nizam bin Abdul Talib. Pihak Polis Daerah Klang Selatan menasihati semua pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu, fokus kepada pemanduan, dan mengikut peraturan had laju yang telah ditetapkan.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.