Artikel ini telah dibaca 470Kali!

Ada kesan cekik dileher
SUBANG JAYA – Polis mengesahkan seorang pelajar kolej yang ditemui tergantung pada kipas di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1, Khamis lalu, disahkan mati akibat dibunuh.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata bedah siasat di Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah pendarahan di sekeliling tulang hyoid (hyoid bone).
Pakar patologi mengesahkan kecederaan otot dan tulang mangsa berpunca daripada ‘manual strangulation’ (cekik).
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- 11.55 pagi, Khamis – Bilik Gerakan IPD Subang Jaya menerima panggilan seorang bapa memaklumkan anak perempuannya berusia 20-an ditemui tergantung pada kipas di ruang tamu tingkat dua kediaman mereka.
- Pasukan perubatan ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
- Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial berhubung kes ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi:
- Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya – 03-278627100
- ASP Zainol Aazizi Abu Bakar – 013-3227632
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.