Skip to content

Gempar! Mayat Bayi Ditemui di Taman Permainan PPR Gua Musang

Artikel ini telah dibaca 543Kali!

Mayat Bayi Ditemui di PPR Gua Musang

GUA MUSANG: Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang dikejutkan dengan penemuan mayat bayi cukup sifat di kawasan taman permainan perumahan itu, pada malam 12 Ogos.

Mayat bayi lelaki berkenaan ditemukan bersebelahan pondok dalam keadaan berbalut sehelai kain kira-kira jam 10.30 malam.

Seorang penduduk PPR, Fauziah Abdullah, 45, berkata kejadian itu disedari dua remaja lelaki yang sedang berehat di kawasan berkenaan.

Katanya, seorang daripada remaja tersebut berasa terpijak sesuatu kerana keadaan di kawasan itu gelap, sebelum mereka membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki di kawasan PPR terbabit.

Menurut beliau, bayi berkenaan sudah tidak bernyawa ketika ditemukan penduduk.

Laporan bertarikh: 13 Ogos 2025

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

Baca Juga  [Video] Isu Kampung Sungai Baru: Tindakan Pengusiran Oleh Polis Cetus Ketegangan

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.