Haji Bukan Sekadar Duit—Ini Syarat Kesihatan Wajib Lulus

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 88Kali!

Syarat Kesihatan Terbaru Tabung Haji

Tabung Haji memperketatkan syarat kesihatan bagi jemaah Haji mulai tahun ini. Dua indikator utama yang dinilai ialah paras gula darah HbA1C dan Indeks Jisim Badan atau BMI. Hanya jemaah dengan HbA1C di bawah 10 peratus dan BMI di bawah 37.5 kilogram per meter persegi akan diklasifikasikan sebagai sesuai untuk menunaikan Haji.

Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan jemaah dan kelancaran ibadah di Tanah Suci. Namun, sebahagian masyarakat mempersoalkan sama ada penilaian klinikal seperti ini boleh menafikan niat dan kemampuan seseorang untuk beribadah, sedangkan Al-Qur’an menyebut bahawa Haji diwajibkan ke atas mereka yang mampu — bukan orang lain memandai membuat penilaian berkemampuan seseorang sebagaimana temuduga jawatan dan kemasukan ke asrama penuh.

Apa itu HbA1C?

HbA1C ialah ujian darah yang menunjukkan purata paras gula selama 2–3 bulan. Paras >10% bermakna kawalan diabetes sangat lemah dan berisiko tinggi untuk komplikasi semasa Haji.

Apa itu BMI?

BMI (Indeks Jisim Badan) mengukur sama ada berat badan sesuai dengan tinggi. BMI >37.5 kg/m² menunjukkan obesiti tahap tinggi dan boleh menjejaskan keupayaan fizikal semasa ibadah.

Kemampuan Menunaikan Haji: Siapa Menentukan?

Dalam Surah Ali Imran ayat 97, Allah berfirman: “Dan wajib atas manusia mengerjakan Haji ke Baitullah, iaitu bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana.” Perkataan “mampu” dalam ayat ini menjadi asas kepada hukum istita’ah, iaitu syarat kemampuan dalam menunaikan Haji.

Baca Juga  Tidur ialah hospital semulajadi

Tetapi ayat ini bukan bermaksud orang lain membuat penilaian ke atas kemampuan seseorang melakukan ibadah. Dilihat penggunaan istita’ah oleh pihak lain bakal membentuk hukum bahawa hanya orang sihat sahaja boleh melakukan Haji. Sedangkan orang sakit juga — jika dia rasa mampu — tidak perlu dihalang mengerjakan ibadah Haji.

Fungsi asal Tabung Haji ialah mengurus simpanan dan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia ke Tanah Suci dan kembali. Ia ditubuhkan untuk memudahkan, bukan menyaring. Penilaian kesihatan boleh dijadikan panduan, tetapi tidak wajar menjadi penghalang mutlak kepada niat dan azam ibadah seseorang.

Ujian Kesihatan Tambahan

  • Tekanan darah (BP)
  • ECG (jantung)
  • Fungsi buah pinggang & hati
  • X-ray dada / spirometri
  • Ujian psikologi ringkas

Ujian ini membantu panel TH menilai kesesuaian jemaah secara menyeluruh.

Amalan Gaya Hidup Sihat

  • 🍎 Diet seimbang
  • 🏃‍♀️ Bersenam 30 minit sehari
  • 😴 Tidur cukup 7–8 jam

Mulakan amalan ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh Haji.

Artikel Berkaitan:


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top