Sejak dahulu lagi, hadis Nabi Muhammad ο·Ί telah menggambarkan bahawa
Dajjal akan bergerak dengan sangat pantas di muka bumi. Dalam satu riwayat sahih, Nabi ο·Ί menjelaskan bahawa pergerakan Dajjal adalah
seperti hujan yang ditiup angin, satu gambaran yang menunjukkan pergerakan yang sangat cepat dari satu tempat ke tempat lain.
Pada zaman moden, manusia sendiri sedang membangunkan teknologi yang bergerak pada kelajuan luar biasa. Antara yang paling canggih ialah
peluru berpandu hipersonik, iaitu senjata yang mampu bergerak melebihi
Mach 5 hingga Mach 15, bersamaan lebih 18,000 kilometer sejam.
Dengan kelajuan sebegini, sesuatu objek boleh merentasi benua hanya dalam masa
30 hingga 50 minit. Perkembangan ini menunjukkan bagaimana teknologi manusia semakin menghampiri tahap kelajuan tinggi telahpun diceritakan hadisΒ Rasulullah ο·Ί. Hari ini terserlah kebenarannya. Ini menunjukkan hadith adalah wahyu, bukan perkataan sembang biasa.
Namun persoalan yang sering timbul ialah:
adakah hipersonik merupakan had kelajuan teknologi manusia? Kelajuan Pergerakan Dajjal juga bukan sesuatu yang mustahil berlaku.Para penyelidik aeroangkasa kini mula membincangkan generasi seterusnya selepas hipersonik, termasuk konsep seperti:
- π Transatmospheric vehicles yang boleh bergerak antara atmosfera dan angkasa
- β‘ Scramjet generasi baharu yang berpotensi mencapai kelajuan lebih tinggi
- π°οΈ Orbital strike systems yang datang dari orbit bumi
Jika perkembangan ini berterusan, dunia mungkin akan memasuki era baharu di mana perjalanan antara benua berlaku dalam masa hanya beberapa minit sahaja.
Perkembangan ini menjadikan perbincangan tentang
kelajuan, teknologi masa depan dan gambaran dalam hadis semakin menarik untuk difahami.