Skip to content

Berita Baik: Harga Runcit RON97 dan RON95 Turun Bagi Tempoh 23 – 29 April

Artikel ini telah dibaca 104Kali!

ZON2U.SHOP
Nasional
Harga petrol, diesel turun bagi tempoh 23 – 29 April
Oleh Zon2U.shop | April 22, 2026 21:30 MYT
 
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 23 hingga 29 April diturunkan, selaras pelaksanaan Automatic Pricing Mechanism (APM), susulan penurunan harga pasaran antarabangsa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, penurunan itu mengambil kira purata harga minggu terdahulu, namun paras harga petroleum masih kekal tinggi berbanding sebelum konflik di Asia Barat.
• RON97: RM4.85 (Turun 25 sen)
• RON95: RM3.87 (Turun 15 sen)
• Diesel (SM): RM5.12 (Turun 85 sen)
“Walaupun harga minyak global menunjukkan tanda penyusutan, ketidaktentuan pasaran tenaga masih berterusan dan pemulihan bekalan tidak berlaku serta-merta,” lapor kenyataan tersebut.
Gangguan kepada kemudahan pengeluaran di Asia Barat serta rantaian logistik dan penghantaran global memerlukan masa untuk kembali stabil. Sehubungan itu, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat.
Dalam tempoh ini, rakyat diseru untuk terus menggunakan bahan api secara berhemah bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara.
© 2026 Zon2U.shop. Hak Cipta Terpelihara.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.