Artikel ini telah dibaca 120Kali!
Gempa Bumi Kuat M7.1 Goncang Selatan Jepun: Mangsa Terperangkap Di Aeon Mall
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 4:27 petang waktu tempatan Jepun (JST) (7:27 pagi GMT), dengan pusat gempa terletak di kawasan sekitar bandar Uki, kira-kira 20 kilometer selatan bandar Kumamoto di pulau Kyushu. Kedalaman gempa dicatatkan sekitar 10 kilometer.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengukur gempa pada magnitude 7.1 dan merekodkan intensiti maksimum tahap 7 pada skala Shindo Jepun di kawasan Uki dan Hikawa – tahap tertinggi pada skala tersebut. United States Geological Survey (USGS) pula merekodkan magnitude 6.8.
View on Threads
Guncangan kuat turut dirasai di wilayah jiran seperti Kagoshima, Nagasaki, Fukuoka dan Saga. Amaran tsunami sempat dikeluarkan untuk kawasan laut Ariake dan Yatsushiro sebelum ditarik balik dalam tempoh dua jam.
Keadaan Di Aeon Mall Kumamoto, Kashima
Insiden paling serius berlaku di Aeon Mall Kumamoto di bandar Kashima. Tingkat dua pusat beli-belah tersebut runtuh susulan letupan yang berlaku sejurus selepas gempa.
Pihak polis dan jabatan bomba menerima laporan bunyi letupan kuat serta kepulan asap putih tebal dari lokasi. Gambar udara menunjukkan dinding luar terkelupas, kerangka besi terbuka, dan sebahagian bumbung runtuh sepenuhnya.
Saksi di sebuah pub berhampiran menceritakan awan asap besar naik sejurus guncangan. Walaupun pihak pengurusan Aeon mengesahkan evakuasi telah dijalankan, punca letupan masih dalam siasatan rasmi.
Stesen TV TBS melaporkan kenyataan polis bahawa “sebilangan besar” orang dijangka maut di lokasi tersebut, walaupun angka rasmi masih belum dimuktamadkan.
Impak Impak Korban & Kerosakan Infrastruktur
- Kerosakan Fizikal: Sekurang-kurangnya 12 rumah runtuh. Cerobong kilang Nippon Paper Industries di Yatsushiro runtuh (9 dilaporkan hilang/terperangkap). Tembok batu Istana Kumamoto turut terjejas.
- Pengangkutan & Logistik: JR Kyushu menggantung perkhidmatan Shinkansen, Lapangan Terbang Kumamoto ditutup, dan kereta api barang derail di stesen Yatsushiro.
- Evakuasi Syarikat Tech: Lebih 150,000 penduduk dipindahkan. Syarikat utama seperti TSMC, Sony, dan Fujifilm mengevakuasi kilang masing-masing.
- Status Nuklear: Tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji kuasa nuklear berhampiran.
Kenyataan Perdana Menteri Jepun – Sanae Takaichi
“Kami telah dimaklumkan bahawa terdapat orang yang cedera. Gangguan bekalan elektrik dan kebakaran berlaku di beberapa kawasan, selain kerosakan pada jalan, jambatan dan keruntuhan bangunan.”
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

