JPJ Beku VTA Chery Omoda 5 Serta-Merta Akibat Isu Keselamatan

JPJ BEKU VTA CHERY OMODA 5 – Pendaftaran Baharu Dihenti Serta-Merta!
Tular gandar belakang tercabut! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak pantas – VTA Chery Omoda 5 digantung sementara. Tiada pendaftaran baharu dibenarkan sehingga siasatan teknikal selesai!
APA YANG BERLAKU?
- Insiden kedua: Rakaman Omoda 5 dengan gandar belakang tertanggal sepenuhnya di Johor Bahru menggemparkan media sosial.
- Tindakan bersasar: JPJ arah Chery Malaysia kesan semua unit berisiko ikut nombor bahagian, batch pengeluaran & VIN.
- Wajib panggil balik: Semua kenderaan berisiko mesti dipanggil untuk pemeriksaan & tindakan pembetulan segera.
AUDIT KILANG & PEMBEKAL
- JPJ akan audit barisan pengeluaran & pembekal gandar
- Fokus: Amalan Pengilangan Baik (GMP), sistem kawalan kualiti & prosedur pemeriksaan kimpalan
- Pembekuan VTA hanya ditarik balik selepas JPJ sahkan semua risiko keselamatan ditangani
FAKTA PENTING
Ini bukan kali pertama. Kes serupa pernah berlaku 2 tahun lalu membabitkan 60 unit (keluaran 15 Ogos 2023) akibat muncung kimpalan tidak tepat – kes ditutup Jun 2024. Model Omoda 5 kini sudah dihentikan & diganti dengan model baharu O5 yang menggunakan suspensi multi-link, bukan torsion beam.
Jangan terlepas kupasan artikel menarik, berita viral, dan maklumat penting harian terus ke WhatsApp anda.
Follow Saluran Sekarang →Sumber Rasmi: Kenyataan JPJ | Kemas kini: 11 Oktober 2026 | zon2u.shop
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.
