Dasar gaji minimum rm1500 perlu semakan semula.

Spread the love

This post has already been read 1019 times!

Keadaan ekonomi semasa yang dinamik dilihat ada keperluan mendesak semakan semula gaji minimum yang ditetap pada paras RM1,500.00.

Kenaikan harga barang secara mendadak terutama suku pertama 2023 menyebabkan jutaan rakyat khususnya B40 dan M40 merintih pembelaan segera.

Sewajarnya gaji minima diselaraskan sekurang-kurangnya RM2000.00 sebulan.



Tindakbalas pantas dari kerajaan berkenaan perkara mendesak ekonomi ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Menyedihkan terdapat iklan kerja yang masih lagi menawarkan gaji dibawah paras minima RM1,500 sebulan. Seolah olah langsung tidak sensitif dengan nasib bakal pekerja yang memohon.



Kerajaan wajar memfokus dasar baru ekonomi seperti dasar semakan gaji, dasar penjanaan ekonomi dan tidak terlalu berlegar dalam tempurung berjimat semata.

Berjimat bermakna kurang projek berimpak besar kepada ekonomi dan ini tidak membantu ekonomi berkembang.

Sekadar mengeluarkan peruntukan projek untuk kais pagi makan pagi tidak banyak mengubah nasib rakyat.

Sebagai contoh projek Keretapi berkelajuan tinggi KL- Singapura wajar diaktifkan semula kerana jelas ada penambahan peluang ekonomi besar seperti peluang pekerjaan dan perniagaan.

Bayangkan sejumlah 400,000 pekerjaan baru untuk rakyat dapat disediakan dengan perlaksanaan Keretapi berkelajuan tinggi.

Negara pula akan dapat menjana RM600 billion pendapatan baru dari perlaksanaan HSR.

Pemikiran modal besar nanti banyak berhutang adalah cara pemikiran ketinggalan zaman dalam ekonomi berskala besar.


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda