Tabik Hormat Buat Wira OPS BAMBU – Insp. Gunasekaran Naidu

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 700Kali!

UNSUNG HERO OF #PDRM

NUKILAN KENANGAN BUAT
MENDIANG INSPEKTOR GUNASEKARAN NAIDU A/L RATINAM

“warriors never die, they simply fade away”

Sejarah tidak akan lupa apa yang terjadi pada 9 Jun 1980 sewaktu Inspektor Gunasekaran Naidu Ratinam mengetuai 21 anggota dari Pasukan Polis Senoi Praaq masuk ke sebuah hutan di Ulu Kelantan untuk menyertai operasi khas memburu dan menggempur pengganas komunis yang dinamakan OPS BAMBU.

Beberapa jam selepas berada di kawasan musuh, pasukan Insp. Gunasekaran telah dihujani peluru komunis. Tembak-menembak berlaku dengan hebat sekali.

Dengan semangat dan keberanian, Insp. Gunasekaran kemudian secara senyap telah mara ke hadapan secara berseorangan untuk mencari posisi sesuai bagi membalas tembakan berkenaan. Beliau sempat menembak mati seorang daripada pengganas komunis namun malang menimpa apabila beliau sendiri terkena tembakan di dada dan menyebabkan beliau jatuh.

Walaupun cedera parah, beliau langsung tidak melepaskan genggaman senjatanya. Malah beliau kemudian MENCABUT/ MENCUNGKIL SENDIRI peluru yang hinggap ke dadanya sebelum bangun semula dan terus melepaskan tembakan tanpa menghiraukan kesakitan yang ditanggung.

Tindakan luar biasa beliau ternyata mengundang kemarahan pihak komunis. Insp. Gunasekaran kemudian ditembak sekali lagi hingga jatuh buat kali kedua. Beliau akhirnya meninggal dunia di dalam hutan tebal itu dengan darah membuak-buak membasahi tanah air kesayangan beliau. Dalam linangan air mata, beliau memejamkan mata untuk kali terakhir.

Di atas keberanian yang luar biasa itu, Yang Dipertuan Agong telah menganugerahkan pingat keberanian kedua tertinggi negara Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Insp. Gunasekaran secara posthumous (penganugerahan selepas meninggal dunia).

Baca Juga  Jangan Ambil Ringan Screen Protector Retak – Boleh Bawa Padah!

Apa yang menyedihkan adalah, tidak ramai di kalangan generasi kini yang tahu pengorbanan Insp. Gunasekaran.

Buat ahli keluarga dan waris kepada Tuan Insp. Gunasekaran, Salam Takziah dan sesungguhnya pengorbanan dan jasa bakti mendiang tidak akan dapat dilupakan.

#SALUTE UNTUK MENDIANG INSPEKTOR GUNASEKARAN NAIDU A/L RATINAM

TABIK HORMAT PERWIRA NEGARA

Sumber Kredit: Syahril A. Kadir


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Scroll to Top