Artikel ini telah dibaca 422Kali!


PEMILIK MyKad SELANGOR, Tebusan SARA RM100 Ditebus Orang Lain di Tawau
Seorang wanita yang menetap di Selangor terkejut apabila dimaklumkan bahawa bantuan SARA RM100 miliknya telah ditebus oleh orang lain pada 2 September di Tawau, Sabah.
Difahamkan, MyKad wanita itu pernah hilang ketika berada di Sabah sebelum ini, dan kini MyKad tersebut dipercayai digunakan oleh individu tidak dikenali untuk menebus bantuan berkenaan.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang wanita berbaju merah jambu menggunakan MyKad itu untuk menebus barangan bernilai RM98.60 — termasuk dua kotak telur dan dua kampit beras — di sebuah pasar raya.
Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis. Kes kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan tindakan terhadap individu terlibat.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.