This post has already been read 523 times!
Kerja-kerja pembinaan lebuhraya Timur-barat sejauh 125KM bermula pada 1970 di bawah kendalian JKR sepenuhnya.
Dua buah Kem Pangkalan (Base Camps) menempatkan , sebuah di Gerik dan sebuah lagi di Jeli. Di kem inilah keseluruhan tenaga kerja dan kaum keluarga mereka yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu ditempatkan.
Pembinaan lebuhraya ini dikawal 24 jam oleh pasukan tentera untuk memastikan keselamatan dari gangguan komunis.
Walaubagaimanapun pihak komunis tidak berputus asa mencetuskan beberapa insiden serangan keatas pekerja dan pasukan keselamatan.
Antaranya serangan hendap keatas pekerja JKR yang sedang bertugas.
Serangan hendap pada awal pagi Selasa 27 Ogos 1974 benar-benar menunjukkan kekejaman komunis kerana menyerang pekerja yang sedang bekerja membina lebuh raya berkenaan.
Tarikh berkenaan begitu dekat dengan sambutan hari kemerdekaan 31 ogos.
Setiap pagi pekerja diangkut menggunakan lori dari base camp untuk ke tapak pembinaan di Batu 5 dan Batu 7 bermula dari Kuala Rui.
Selepas menurunkan pekerja di Batu 5, lori membawa baki pekerja ke lokasi pembinaan di batu 7 pula.
Tidak sampai 10 minit kemudian, telah berlaku serang hendap komunis yang meragut 3 pekerja JKR serta 4 anggota tentera.
Peristiwa serangan hendap oleh pihak komunis pada 27 Ogos 1974 itu menjadi lambang kegigihan dan pengorbanan generasi dahulu untuk keselesaan generasi masa kini dan akan datang.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.