KKM sedang menyediakan garis panduan iklan makanan dan  makan tidak berkhasiat

Artikel ini telah dibaca 1938Kali!

Sekalung tahniah kepada KKM yang melaksanakan inisiatif garis panduan iklan dan makanan tidak sihat.

Susu Khas Diben Drink
📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam jawapan bertulis menjawab dibangkitkan Datuk Seri Hishamuddin Hussein (BN-Sembrong)  samada  KKM bercadang mengawal selia iklan dan promosi pemakanan kurang berkhasiat di negara ini.

“Langkah ini akan dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dalam mengenali makanan dan minuman yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula.

Pihak KKM sedang mengkaji pelaksanaan kawalan pengiklanan makanan dan minuman yang tidak sihat secara mandatori.

“Ia bagi memastikan kawalan terhadap pengiklanan ini lebih menyeluruh dan bersasar,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini. Beliau menjawab pertanyaan  Untuk mencapai objektif ditetapkan, 

Dr Dzulkefly memaklumkan KKM sedang membangunkan satu pangkalan data yang dinamakan sebagai Profil Nutrien 1.0 yang menggariskan had kandungan lemak, garam dan gula dalam sesuatu kategori produk makanan.

Jelasnya, pangkalan data itu akan digunakan sebagai rujukan bagi penentuan makanan dan minuman yang boleh diiklankan.

KKM katanya serius membendung gejala obesiti melanda rakyat Malaysia melalui kempen  ‘1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik!’

Pelaksanaan Pelan Advokasi Inisiatif Mengurangkan Gula dalam Kalangan Rakyat Malaysia, 2023-2025 , Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bermula 2020 sehingga 2030 bertujuan mempertingkatkan ilmu  kesihatan rakyat.

Bulan kesedaran Pemakanan Malaysia yang akan berlangsung pada April setiap tahun. Juga Kempen Makan Sayur dan Buah akan diperhebatkan.

Iklan dan Penafian
Baca Juga  Isu semasa-Rokok dan gula putih adalah toksik kenapa hukum berbeza

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.