This post has already been read 1131 times!
Suspek 38 tahun telah dikenal pasti.
Suspek dan wanita masih suami isteri dan dalam proses penceraian.
Isteri memfailkan penceraian kerana suspek melakukan pecah amanah dalam bisnes agensi umrah/haji yang diusahakan bersama.
Isteri juga turut memfailkan kes saman ke atas suspek, menyebabkan suspek tidak puas hati dan berdendam dengan isteri.
Isteri telah upah pengawal peribadi sejak Dis 2023 sebab suspek selalu mengganggunya.
Pada hari kejadian, isteri dan bodyguard berada di kawasan Ketibaan Antarabangsa KLIA1 untuk menunggu ahli keluarga yang balik dari umrah.
Suspek mengetahui isteri di KLIA telah pergi dan cuba mengganggu isteri. Pertama suspek membaling mercun ke arah isteri untuk menyuraikan hadirin yang berada di lokasi.
Suspek yang marah terus mengeluarkan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke arah isteri.
Pengawal peribadi bertindak pantas melindungi isteri suspek dengan badannya. Tembakan mengenai pinggang bodyguard dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya.
Suspek melarikan diri sebaik kejadian telah berjaya diberkas pada Isnin 15 April 2024 oleh D9 ibu pejabat kontinjen Kelantan di Kota Bharu
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.