Artikel ini telah dibaca 387Kali!


Mayat Bayi Ditemui di PPR Gua Musang
GUA MUSANG: Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang dikejutkan dengan penemuan mayat bayi cukup sifat di kawasan taman permainan perumahan itu, pada malam 12 Ogos.
Mayat bayi lelaki berkenaan ditemukan bersebelahan pondok dalam keadaan berbalut sehelai kain kira-kira jam 10.30 malam.
Seorang penduduk PPR, Fauziah Abdullah, 45, berkata kejadian itu disedari dua remaja lelaki yang sedang berehat di kawasan berkenaan.
Katanya, seorang daripada remaja tersebut berasa terpijak sesuatu kerana keadaan di kawasan itu gelap, sebelum mereka membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki di kawasan PPR terbabit.
Menurut beliau, bayi berkenaan sudah tidak bernyawa ketika ditemukan penduduk.
Laporan bertarikh: 13 Ogos 2025
Lokasi: Taman permainan PPR Gua Musang.
— Jazma Hamsi (@Jazma_Hamsi) August 18, 2025
Penemuan: Mayat bayi lelaki cukup sifat, berbalut kain, ditemui bersebelahan pondok rehat.
Masa: ± 10.30 malam, semalam.
Reaksi: Penduduk gempar kerana lokasi itu sering menjadi tumpuan kanak-kanak. pic.twitter.com/mfHs7byVNA
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.