Artikel ini telah dibaca 152Kali!
“SUNSHADE” BOLEH TANGGAL DALAM KERETA
Pemandu tidak akan dikenakan tindakan selagi tidak menghalang penglihatan
20 Jun 2026

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa pemandu tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana menggunakan pelindung matahari (sunshade) boleh tanggal pada tingkap kenderaan, selagi mana aksesori tersebut tidak menghalang penglihatan semasa memandu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terdahulu yang mengatakan bahawa penggunaan window blinds boleh tanggal, langsir dan bidai yang dipasang pada tingkap kenderaan ketika sedang bergerak boleh dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1991.
Di bawah Peraturan-Peraturan Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, penggunaan sunshade boleh tanggal, langsir atau sebarang penutup tingkap ketika kenderaan sedang bergerak diklasifikasikan sebagai satu kesalahan.
Walaupun mengakui peraturan tersebut memang wujud, Loke berkata pihak berkuasa tidak akan melaksanakan penguatkuasaan secara aktif kecuali dalam keadaan yang menjejaskan tahap penglihatan pemandu.
“Kementerian tidak menguatkuasakan peraturan terhadap penggunaan pelindung matahari yang tidak menghalang penglihatan pemandu dan Kementerian Pengangkutan juga tidak pernah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.
“Ketua Pengarah JPJ juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan pelindung matahari,” katanya semalam (18 Jun).
“Ketua Pengarah JPJ juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan pelindung matahari,” katanya semalam (18 Jun).
Sementara itu, Loke berkata keutamaan penguatkuasaan pada waktu ini lebih tertumpu kepada kesalahan jalan raya yang lebih serius sebagai contoh kegiatan lumba haram, mat rempit, memandu di bawah pengaruh alkohol dan pemanduan secara melulu.
Perlu Guna VLT Yang Diluluskan JPJ Jika Mahu ‘Tinted’ Tingkap Kenderaan
Memetik NST, isu penggunaan ‘sunshade’ mula mendapat perhatian selepas JPJ mengingatkan pengguna jalan raya bahawa langsir, bidai dan penutup tingkap lain boleh menimbulkan risiko keselamatan kerana ia mengehadkan keupayaan pemandu untuk memerhati keadaan trafik, pejalan kaki serta jalan raya.
Dalam masa sama, JPJ turut menegaskan bahawa tingkap kenderaan perlu mematuhi syarat tahap ketelusan penglihatan yang ditetapkan di bawah peraturan sedia ada.
Pemasangan cermin gelap (tinted) pula dibenarkan dengan syarat menggunakan Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) yang diluluskan iaitu:
• Cermin hadapan kenderaan : 70%
• Cermin tepi sisi kiri kanan pemandu : 50%
• Cermin hadapan kenderaan : 70%
• Cermin tepi sisi kiri kanan pemandu : 50%
Seperti semua sedia maklum, penggunaan sunshade atau window blinds boleh tanggal adalah sesuatu yang dilihat lazim di kalangan masyarakat kerana cuaca Malaysia yang panas dan bahang.
Buat masa ini, pemandu boleh terus menggunakan pelindung matahari tanpa perlu bimbang dikenakan tindakan. Dengan syarat, aksesori kereta itu tidak mengganggu penglihatan pemandu atau menjejaskan keselamatan jalan raya.
Sumber: Kementerian Pengangkutan & JPJ | zon2u.shop
Iklan dan Penafian
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.