[Video] Pergaduhan di Kasino Genting Highlands: Enam Lelaki Ditahan

    Artikel ini telah dibaca 699Kali!

    GentingHighlands 5 November (Bernama): Polis mengesahkan penahanan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands pada 23 Oktober lalu. Kejadian ini tular di media sosial setelah video pergaduhan tersebut tersebar luas.

    Susu Khas Diben Drink
    📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

    Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, tiga daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Bentong pada 28 Oktober lepas mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, manakala empat lagi termasuk lelaki warga asing ditahan berdasarkan arahan Timbalan Pendakwa Raya.

    Beliau menambah, kesemua lelaki itu berumur antara 39 hingga 70 tahun, dengan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kekerasan dan harta benda.

    “Insiden berlaku kira-kira 3.15 petang, dan polis menerima laporan sekitar 5.55 petang hari yang sama. Tujuan penahanan adalah untuk membantu siasatan berhubung pertikaian yang dikatakan berpunca daripada pembayaran seorang daripada lelaki itu untuk cip kasino bernilai RM100,” katanya dalam kenyataan.

    Zaiham juga menyatakan bahawa kejadian tersebut telah menyebabkan sebahagian daripada mereka cedera ringan dan dirawat di hospital.

    Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berikutan kes berkenaan yang sedang disiasat dan telah didakwa di mahkamah.

    Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat menerusi pelbagai platform media sosial menunjukkan beberapa individu bergaduh di kasino tersebut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *