[Video] Empat Penjenayah Vietnam Ditembak Mati di Jalan Imbi

    Artikel ini telah dibaca 1745Kali!

    Kuala Lumpur, 13 November 2024 – Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terlibat dalam 44 kes pecah rumah dan tebuk peti besi di sekitar Lembah Klang sejak 2018.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata keempat-empat suspek berusia 40-an ditembak ketika sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kuala Lumpur menyerbu sebuah unit kediaman di tingkat 17 sebuah residensi mewah di Jalan Imbi, Bukit Bintang, pada jam 11.30 malam.

    Susu Khas Diben Drink
    📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

    Menurut Rusdi, semasa serbuan dilakukan, suspek cuba melepaskan tembakan ke arah polis, menyebabkan berlakunya situasi berbalas tembakan. “Dalam usaha mempertahankan diri, polis dapat menembak mati kesemua mereka,” katanya.

    Hasil pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang digunakan untuk menyerang polis. Siasatan awal menunjukkan mereka telah mengaut RM4.3 juta hasil jenayah pecah rumah dan pejabat sebelum menebuk peti besi dari premis yang menjadi sasaran.

    Rusdi menambah, suspek sering menyasarkan pejabat dan kediaman yang tidak berpenghuni setelah melakukan pemerhatian. Kali terakhir mereka dilaporkan melakukan jenayah adalah dua hari lalu di Sri Hartamas sebelum kembali bersembunyi di lokasi yang diserbu.

    Polis kini sedang meneruskan siasatan untuk mengesan saki-baki kumpulan ini dan melengkapkan siasatan atas jenayah yang dilakukan. Mayat kesemua suspek telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *