2 Suspek Cuba Langgar Kereta Polis di R&R Tapah di Buru

    Artikel ini telah dibaca 296Kali!

    Tapah, 7 November 2024

    Polis kini sedang memburu seorang lelaki dan wanita selepas mereka didapati cuba melanggar kenderaan polis di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, arah utara, pada tengah malam Rabu.

    Susu Khas Diben Drink
    📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

    Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, mengesahkan bahawa pihaknya menerima maklumat sekitar pukul 12 tengah malam daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Maklumat tersebut menyatakan bahawa sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kelabu sedang dikejar dari Kajang, Selangor.

    Dalam kejadian tersebut, suspek yang menaiki kereta berkenaan cuba melanggar kenderaan polis yang cuba menahan mereka di hadapan sebuah restoran makanan segera. “Dalam usaha mempertahankan diri, pasukan polis terpaksa melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan suspek,” jelas Mohd Naim.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan. Setelah tiba di Kilometer 332.5, mereka memberhentikan kereta dan melarikan diri ke dalam hutan berdekatan.

    Pihak polis kini giat menjalankan operasi bagi mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas. Orang ramai diminta untuk memberikan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *