Artikel ini telah dibaca 852Kali!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan menafikan mesej tular mendakwa warga emas lebih 65 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan penglihatan sebelum diberi kebenaran memperbaharui lesen memandu.
JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, tiada perubahan membabitkan proses pembaharuan lesen memandu warga emas. “Pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa.
Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya berita tular dan dinasihatkan supaya menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.