[Video] Wanita Terjun Dari Kenderaan Bergerak, Polis Minta Saksi Tampil

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 522Kali!

Wanita Terjun Dari Kenderaan Bergerak, Polis Minta Saksi Tampil

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Polis Brickfields menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian seorang wanita terjun dari sebuah kenderaan sedang bergerak supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sehingga kini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video berdurasi 14 saat yang memaparkan seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang sebuah kenderaan.

Wanita itu dilihat bertindak membuka pintu lalu melompat keluar ketika kenderaan masih bergerak di lebuh raya. Mangsa kemudian terjatuh di atas jalan raya dan hampir dirempuh beberapa kenderaan lain yang melalui kawasan tersebut.

Menurut ACP Ku Mashariman, kejadian dipercayai berlaku di laluan kedua Lebuh Raya Sprint.

Beliau menegaskan, orang awam yang mempunyai maklumat atau menyaksikan insiden berkenaan diminta segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.


Hantar dan Sebar
Scroll to Top