Artikel ini telah dibaca 2153Kali!



Laporan Siri Gegaran Gempa Bumi di Johor
Maklumat Gempa
Magnitud: 2.9
Lokasi: Sri Medan, Parit Sulong, Johor, Malaysia
Masa: 3 September 2025, 06:39:22 PM
Jarak masa: 3 jam 10 minit lalu
Butiran Lokasi
Kedalaman: 10 km
Latitud: 1.9547° N
Longitud: 102.9907° E
Sumber: Seiscomp3
Laporan Terkini
Gegaran gempa bumi bermagnitud 2.9 direkodkan di Sri Medan, Batu Pahat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Gempa bumi lemah ini berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng dan berpusat pada koordinat 1.95°U, 102.9°T dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia, ini merupakan gegara ke-8 sejak kejadian pertama di Segamat pada 24 Ogos lalu. Sebelum ini, lima gegaran dicatatkan di Segamat bermula dengan magnitud 4.1 (24 Ogos, 6.13 pagi), 3.2 (Rabu, 8.59 pagi), 2.5 (Khamis, 7.56 malam), 3.4 (Jumaat, 4.24 pagi) dan 2.7 (Sabtu, 7.29 pagi).
Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng (magnitud 2.8), manakala gegaran terbaharu bermagnitud 3.0 berlaku di Semerah, Batu Pahat pada jam 1.57 petang Ahad lalu.
MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan serta perkembangan gempa bumi di kawasan berkenaan.
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.