Artikel ini telah dibaca 130Kali!

Penguatkuasaan Peranti HAD laju
Sabtu, 4 Oktober 2025.
Sejak penguatkuasaan Peranti Had Laju SLD pada Rabu 1 Oktober 2025, masih terdapat 92 peratus atau 100,675 kenderaan perdagangan belum membuat pengesahan pemasangan Peranti Had Kelajuan SLD. Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, hanya 8,130 kenderaan telah disahkan menggunakan SLD setakat ini.
Apa itu SLD?
SLD atau “Speed Limiter Device” ialah peranti elektronik yang dipasang pada kenderaan perdagangan bagi mengehadkan kelajuan maksimum secara automatik, bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.
Masih Banyak Kenderaan Engkar
Daripada jumlah keseluruhan 108,805 kenderaan yang perlu diperiksa dalam fasa pertama, lebih 92,000 kenderaan barangan, 2,015 bas ekspres dan 5,951 bas persiaran masih belum mengemukakan slip pengesahan kefungsian SLD.
Dalam tempoh tiga hari pertama, 2,180 kenderaan telah diperiksa dan 385 daripadanya dikenakan tindakan kerana gagal mengemukakan dokumen wajib.
Arahan JPJ
JPJ menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan selepas tarikh penguatkuasaan sepenuhnya, dan Notis 114 akan dikeluarkan kepada pemilik yang ingkar.
Semua pemasangan dan pengaktifan SLD perlu disahkan oleh badan diiktiraf JPJ, dan slip pengesahan wajib dikemukakan semasa pemeriksaan Puspakom serta urusan permit dengan APAD atau LPKP. Slip tersebut juga perlu disimpan dalam kenderaan dan diperbaharui setiap dua tahun.
Berita dan video penuh di zon to you dot shop atau klik di bio.
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.