Skip to content

Sekolah Sarang Menternak Penjenayah -Rejim Disiplin Perlu Reformasi

Artikel ini telah dibaca 321Kali!

Rentetan Kes Rogol Pelajar Tingkatan 3 Waktu Sekolah

Kejadian berlaku semasa waktu persekolahan di sebuah sekolah menengah di Melaka, melibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 dan empat pelajar lelaki Tingkatan 5. Insiden berlaku dalam kawasan sekolah, menimbulkan persoalan besar: adakah sekolah masih tempat selamat untuk anak-anak?

Penjenayah Tegar Dalam Sekolah

Kali ini, pelaku berusia 17 tahun. Semestinya telah memiliki rekod kecenderungan jenayah, mungkin dalam bentuk gangguan seksual yang lain. Tindak-tanduk mereka sepatutnya sudah dikesan awal oleh guru-guru. Sekolah tidak boleh menjadi tempat perlindungan bagi penjenayah remaja

Tindakan Kementerian Pendidikan

Kementerian tampil menjelaskan bahawa pelaku akan dikenakan tindakan buang sekolah. Namun ini bukan pendekatan pintar. Tindakan hanya diambil selepas kejadian berlaku. Pendekatan reaktif seperti ini gagal melindungi mangsa dan mencegah jenayah.

Cadangan Pendekatan Pintar

Kementerian perlu melaksanakan pendekatan pintar dalam disiplin. Tiada kompromi terhadap pesalah disiplin. Jika mahu bersekolah, patuhi peraturan. Jika melanggar, dikeluarkan. Hentikan budaya belas kasihan terhadap pelajar bermasalah disiplin.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.