Artikel ini telah dibaca 36Kali!
Apa Kesalahan Billy Pada Usia 4 Tahun DiHukum Buang Negara:1989: Mengapa Kerajaan Malaysia Menyerahkan Billy Ke ‘Penjara’ Makmal ZOo Los Angeles?
Pada tahun 1989, di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia telah meluluskan satu keputusan yang kini menghantui sejarah konservasi negara: penyerahan anak gajah bernama Billy pada usia 4 tahun kepada broker asing. Di sebalik alasan diplomasi antarabangsa, keputusan ini secara tidak langsung telah menghantar warisan hutan kita ke kancah penderaan seksual makmal yang tidak berkesudahan di Amerika Syarikat.
Ini bukan sekadar pertukaran haiwan, tetapi satu kegagalan etika kepimpinan yang membiarkan “aset negara ” dijadikan bahan eksperimen kegilaan sains. Kerajaan ketika itu mungkin melihatnya sebagai kerjasama strategik, namun realitinya ia adalah satu hukuman buang negeri bagi seekor makhluk yang tidak berdosa.
Mesej Keras: Kepimpinan masa lalu bertanggungjawab atas kelulusan yang menghancurkan fitrah Billy. Jangan biarkan “Diplomasi” menjadi alasan untuk menzalimi nyawa.

Rantaian Kezaliman Global: Adakah Haiwan Hanya Objek Eksperimen Manusia?
Sejarah tamadun manusia sering kali dibasahi dengan air mata hidupan liar yang dikorbankan demi kemajuan. Daripada Topsy, gajah Asia di Amerika yang dibunuh dengan arus elektrik demi persaingan industri, kepada Laika, anjing jalanan yang dihantar oleh Russia ke angkasa maut bersendirian tanpa tiket pulang demi perlumbaan angkasa lepas.
Hari ini, “mangsa” seterusnya ialah Billy—gajah kelahiran Malaysia yang kini DISEKSA secara seksual dalam makmal zoo atas alasan ‘KONSERVASI’. Artikel ini membongkar bagaimana naratif sains dan hiburan digunakan untuk menghalalkan penderaan sistematik, sedangkan hakikatnya, alam mampu membiak dan bernafas sendiri tanpa campur tangan tangan manusia yang rakus.


Mesej Utama: Hentikan kegilaan eksperimen ke atas haiwan liar. Pulangkan mereka ke habitat asal. Biarkan urusan penciptaan di tangan Sang Pencipta.
Laporan Forensik Etika
SAINS ATAU SIKSA?
Prosedur rektum 55 kali dalam 3 tahun. Ini bukan rawatan, ini adalah eksperimen paksa yang melampaui batas veterinar normal.
MANIPULASI DATA
Istilah “Captive Breeding” atau nama komersialnya Zoo sebenarnya telah digunakan untuk menutup kegagalan sains yang tidak mampu memulihkan populasi liar.
Zalim Seumur Hidup
Billy tidak pernah meminta untuk menjadi wira konservasi. Dia diculik dari Malaysia, dipenjarakan di Amerika, dan dijadikan mesin sperma yang gagal demi memuaskan ego “pakar” manusia.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.