Skip to content

Myvi Baharu 2026: Perodua Dedahkan Konsep Reka Bentuk dan Enjin Hybrid

Artikel ini telah dibaca 173Kali!

ZON2U.SHOP | BERITA AUTOMOTIF

Perodua Teaser Kereta Baharu di KLIMS 2026 – Adakah Ini Myvi Generasi Keempat dengan Versi Hybrid?

Tarikh: 6 Julai 2026
KLIMS 2026 menjadi tumpuan apabila Perodua mempamerkan teaser kereta baharu yang dikatakan bakal menggantikan Myvi.

Dalam pameran 2026 Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026), Perodua selain mempamerkan konsep elektrik kedua mereka iaitu C2 Concept, turut menarik perhatian ramai dengan sebuah video teaser kereta baharu yang dipaparkan secara berulang di booth mereka.

Walaupun maklumat masih terhad, tetapi melalui klip video tersebut, beberapa ciri reka bentuk kereta baharu dapat dikesan. Bahagian hadapan menampilkan lampu siang (DRL) yang panjang dan nipis, dengan logo Perodua diletakkan di hujung bonnet. Manakala di belakang pula, terdapat lampu belakang berbentuk L terbalik yang memberi penampilan lebih moden dan sporty.

Berdasarkan kitaran produk, model yang paling sesuai untuk ditukar generasi adalah Perodua Myvi dan Bezza. Namun, memandangkan Bezza dikatakan akan dikekalkan sehingga tahun 2030, maka kemungkinan besar kereta baharu ini adalah Myvi generasi keempat dengan kod dalaman D01D.

Walaupun siluet kereta dalam teaser kelihatan seperti coupe yang tidak selari dengan bentuk hatchback Myvi, namun sumber dalaman mengesahkan bahawa pembekal sudah menerima tempahan untuk skrin dalaman Myvi generasi baharu. Skrin ini dikatakan menggunakan sistem dual screen yang serupa dengan Mercedes-Benz A-Class generasi awal.

Satu perkara yang sudah pasti adalah Myvi generasi keempat ini akan terus menggunakan kerjasama dengan Daihatsu, bukannya dibangunkan sepenuhnya oleh Perodua seperti model QV-E. Badan kereta akan direka oleh Perodua, dan tidak mustahil akan ada versi rebadge Daihatsu untuk pasaran eksport tertentu.

Dari segi enjin, Myvi baharu dijangka masih menggunakan enjin 1.5 liter 2NR-VE empat silinder petrol Naturally Aspirated bersama transmisi D-CVT. Namun, Perodua kini sedang giat mempromosikan teknologi hibrid (HEV). Ada laporan yang mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menggunakan sistem Daihatsu e-Smart Hybrid yang sama seperti Ativa Hybrid.

Sistem e-Smart Hybrid ini menggunakan motor elektrik sebagai penggerak utama dengan kuasa 106 kuasa kuda dan 170 Nm tork. Enjin 1.2 liter WA-VEX Atkinson Cycle tiga silinder hanya berfungsi sebagai penjana untuk mengecas bateri, tidak memandu roda secara langsung. Sistem ini mirip dengan teknologi e-POWER yang digunakan oleh Nissan.

Harga semasa Myvi adalah antara RM46,500 hingga RM59,900. Jika versi hibrid diperkenalkan, harga pastinya akan naik lebih tinggi dan tidak mustahil melepasi RM70,000.

Nota:

Imej yang digunakan dalam laporan ini adalah janaan AI berdasarkan teaser video Perodua. Imej rasmi masih belum dikeluarkan oleh pengeluar.

Sumber: iGarage.my (Instagram) | Tarikh siaran asal: Jun 2026

© zon2u.shop – Semua Hak Cipta Terpelihara
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.