Skip to content

Sasaran baru Rumah pemain pertahanan Selangor FC pula dipecah masuk

Artikel ini telah dibaca 1935Kali!

Keadaan dalam rumah berselerak dipercayai akibat digeledah ketika dipecah masuk.

Pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee menjadi sasaran selepas kediamannya dipecah masuk oleh individu tidak dikenali ketika keluar menyertai latihan bersama pasukannya.

Kejadian dipercayai berlaku selepas dia meninggalkan rumah kira-kira pukul 2 petang, menurut laporan polis yang dikongsikannya di Instagram. Ketika Ahmad Khuzaimi pulang ke rumah pada pukul 9 malam, dia mendapati pintu pagar rumahnya di depan dan belakang telah terbuka.

“Setelah membuat pemeriksaan, terdapat barang-barang berharga telah hilang antaranya adalah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, beg silang pelbagai jenama beserta paspot telah hilang,” tulis laporan itu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 11.30 malam, hari yang sama.

Polis tiba di kediaman Ahmad Khuzaimi
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  [Video] Nenek Pula Jadi Mangsa Samun