‘Kerana dua anak kecil, isteri ditolak suami jatuh gaung nekad panjat bukit 9 jam’
GERIK: Dua anak masih kecil menjadi sumber kekuatan buat seorang isteri yang ditolak suaminya ke dalam gaung di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, 27 Julai lalu berusaha merangkak naik menyelamatkan diri. Perkara itu didedahkan Ketua Operasi Ambulans Murtadha Dakwah Centra Madad, Muhammad Ridzuan Osman, 36, yang diberi kepercayaan untuk menghantar mangsa pulang ke kampungnya…
