Diskaun Saman 50% Oleh Polis Kuala Lumpur

    Artikel ini telah dibaca 609Kali!

    KUALA LUMPUR:  5 November 2024

    Polis Kuala Lumpur mengumumkan tawaran diskaun sebanyak 50% untuk saman trafik kepada pesalah yang mempunyai saman tertunggak. Tawaran ini bermula 5 Nov 2024 dan akan berlangsung sehingga Sabtu 9 NOV 2024.

    Susu Khas Diben Drink
    📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, menyatakan bahawa kaunter untuk semakan dan pembayaran saman akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee. Orang ramai digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk menyelesaikan saman secara tunai .

    Namun, diskaun ini tidak terpakai bagi kes-kes berikut:

    • Saman kemalangan
    • Saman yang perlu dibicarakan di mahkamah
    • Memotong secara berbahaya
    • Menggunakan lorong kecemasan
    • Melanggar lampu isyarat
    • Kesalahan berkaitan kenderaan berat
    • Pengubahsuaian ekzos
    • Saman berstatus Op Selamat
    • Kesalahan memotong di garisan berkembar

    Orang ramai dinasihatkan untuk memanfaatkan peluang ini sebelum tarikh akhir bagi menyelesaikan saman yang tertunggak.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *