Artikel ini telah dibaca 609Kali!
KUALA LUMPUR: 5 November 2024
Polis Kuala Lumpur mengumumkan tawaran diskaun sebanyak 50% untuk saman trafik kepada pesalah yang mempunyai saman tertunggak. Tawaran ini bermula 5 Nov 2024 dan akan berlangsung sehingga Sabtu 9 NOV 2024.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, menyatakan bahawa kaunter untuk semakan dan pembayaran saman akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee. Orang ramai digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk menyelesaikan saman secara tunai .
Namun, diskaun ini tidak terpakai bagi kes-kes berikut:
- Saman kemalangan
- Saman yang perlu dibicarakan di mahkamah
- Memotong secara berbahaya
- Menggunakan lorong kecemasan
- Melanggar lampu isyarat
- Kesalahan berkaitan kenderaan berat
- Pengubahsuaian ekzos
- Saman berstatus Op Selamat
- Kesalahan memotong di garisan berkembar
Orang ramai dinasihatkan untuk memanfaatkan peluang ini sebelum tarikh akhir bagi menyelesaikan saman yang tertunggak.

