Artikel ini telah dibaca 848Kali!
Tarikh: 5 November 2024
Lokasi: Tol Gombak, Kuala Lumpur
Sebuah treler dilaporkan terbakar berhampiran tol Gombak menghala Kuala Lumpur pada Selasa 5 NOV 2024. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11 pagi dan keseluruhan badan treler terbabit musnah dalam kebakaran.

Rakaman video yang dikongsi oleh pengguna jalan raya menunjukkan api yang besar dan asap hitam tebal menjulang ke udara. Pihak berkuasa masih dalam proses menyiasat punca kebakaran dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

