Artikel ini telah dibaca 356Kali!
Johor Jaya, 7 November 2024
Satu insiden kemalangan berlaku di hadapan Sekolah Agama Johor Jaya pagi ini, apabila seorang pemandu kereta melanggar lampu isyarat merah dan merempuh pengawal lalu lintas yang sedang bertugas.

Menurut saksi yang berada di lokasi, pemandu tersebut tidak berhenti walaupun lampu isyarat menunjukkan merah, mengakibatkan kemalangan yang membabitkan pengawal lalu lintas.
Tidak memberhentikan kenderaan di kawasan lintasan murid sekolah adalah kesalahan trafik berat.
Pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap dapat bertindak keatas pemandu berkenaan.Orangramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden ini untuk tampil bagi membantu siasatan.
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk mengenai keselamatan jalan raya dan kepatuhan terhadap undang-undang lalu lintas. Pihak berkuasa diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang melanggar peraturan demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi lampu isyarat dan memberi perhatian kepada pengawal lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

