[Video] Mekanik Mengamuk di Plaza Tol Positif Dadah dan Miliki 17 Rekod Jenayah Lampau • Polis

    Artikel ini telah dibaca 281Kali!

    Kajang: 6 November 2024

    Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan selepas mengamuk dan menyerang kaunter tol di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9 Cheras pada 3 November 2024, pukul 1:38 pagi. Kejadian tersebut tular di media sosial selepas rakaman video menunjukkan lelaki berkenaan menendang dinding kaunter dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurutol.

    Susu Khas Diben Drink
    📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof, memaklumkan bahawa insiden itu berpunca daripada teguran seorang jurutol  yang meminta lelaki berkenaan untuk tidak mengetuk tempat kad Touch ‘n Go dengan kuat. Susulan teguran tersebut, suspek menghentikan kereta dan  bertindak agresif serta memarahi jurutol sebelum beredar.

    Polis, yang menerima maklumat mengenai kejadian itu, telah menjalankan siasatan dan menahan suspek  di kawasan taman perumahan di Hulu Langat. Hasil ujian awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan dia mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

    Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan, di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *